Search This Blog

SAIFUL APEK : The CicakMan


CICAKMAN The movie ini adalah filem keluaran KRU Films Sdn. Bhd.

Sinopsis bagi cerita CicakMan ini konon-kononnya si Hairi (Saiful Apek) bekerja di makmal Profesor Klon. Kerja punya kerja, tiba-tiba pada suatu hari terjadi kemalangan yang membuatkan si Hairi memiliki kuasa cicak yang boleh melekat di dinding, menggunakan lidah seperti lidah cicak dinding rumah dan jika luka, lukanya cepat sembuh. Tetapi, seperti Superhero lain, SpiderMan, SuperMan, BatMan, dan lain-lain MAN lagilah, CicakMan juga mempunyai kelemahan tersendiri, dan seperti cicak dinding rumah lah, kelemahan CicakMan adalah gelang getah.

Mari kita lihat siapa tulang belakang dan tulang ikan filem CicakMan ini.

Pengarah CicakMan - Yusry KRU

Dan para pelakonnya; Saiful Apek - Hairi @ Cicak-Man, Fasha Sandha - Tania, Yusry KRU - Danny, Aznil Nawawi - Profesor Klon, Yasmin Hani - Nadia, Jalaluddin Hassan - Presiden Bandaraya Metrofulus, AC Mizal - Mutan Profesor Klon, Adlin Aman Ramlie - Mutan Profesor Klon.

Tarikh mula tayangan umum filem CicakMan ini ialah 7 Disember 2006. Hari inilah tu! Ha! Tak sabar mau pergi nontonlah!!!

Sebelum tu, mari kita lihat preview atau trailer filem CicakMan ini...




Technorati Tags: , , ,

No comments:

Post a Comment













Like us on Facebook