Search This Blog

FiQ - Juara Mentor TV3


Amy Search dan FiQ MentorFiQ (Mohd Firdauz Abdul Halim) umur 24 tahun, menjuarai program realiti TV3, Mentor, untuk musim ke-2 ini. Beliau mendapat hadiah berupa kontrak bersama EMI Malaysia, wang ringgit $50,000 dan trofi. Amy Search, mentor FiQ membawa pulang wang ringgit sebanyak $20,000.

Untuk konsert akhir Mentor musim ke-2 ini, tiga juri profesional dilantik iaitu Roslan Aziz, Liza Hanim dan Zainal Abidin sebagai Ketua Juri Profesional. Pemarkahan Proteges ditentukan berdasarkan 50% dari penghakiman juri profesional dan 50% lagi kiraan dari SMS penonton di rumah. Peratusan keputusan akhir; FiQ 114.3%, Nieyl 98.2%, Kat 74.5%.

FiQ tetap meng-ungguli malam konsert akhir Mentor TV3 musim ke-2 walaupun mendapat komen awal sekasar-kasarnya dari Roslan Aziz.

Sebagai rekod, naib johan dimenangi oleh Nieyl (Nuriylia Zailani) dengan wang kemenangan $20,000 + Trofi. Mentornya, Nurul pula mendapat wang ringgit sebanyak $10,000. Tempat ke-3, Kat (Siti Khatijah Bt Hassan) membawa pulang $5,000 + Trofi dan mentornya, siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza membawa pulang wang ringgit $5,000 sahaja.

Tahniah kepada para pemenang Mentor - Program Realiti TV3 musim ke-2!


Technorati Tags: , , ,

1 comment:

  1. Fiq hebat...!!
    Teruskan usaha anda...Ganbatte!!
    Kalau bleh,biar lagi hebat dari Toshi(vokalis X Japan)

    ReplyDelete













Like us on Facebook