Lagu Dusun
"Kosorou Kopo Nangku Doho" oleh Jestie Aloysius (versi Melayu). "Jambatan Tamparuli" oleh Justin Lusah. Itulah antara lagu Dusun yang amat popular satu ketika dulu, sekarang dan pasti selama-lamanya.
Lagu Dusun, atau Lagu Kadazan-Dusun atau lebih dikenali dengan ringkasnya Lagu KADUS semakin hari semakin berevolusi dari rentak (genre) Traditional Sumazau (zaman John Gaisah) kini ke rentak yang lebih moden seperti Sumazau Hip-Hop dan rentak Balada Okestra. Lagu-lagu Dusun berevolusi ke tahap luarbiasa. Wow!
Jika anda ingin mengetahui perkembangan terbaru lagu-lagu Dusun dan juga artis-artis tempatan Sabah, datanglah berklik-klik ke portal popular Sinding Tokou, Boros Tokou, Tungkus Tokou - KADUS EntertainmentTM .
Di portal KE ini anda akan dijamukan dengan berita-berita terkini lagu-lagu Dusun dan artis-artis KADUS Sabah di samping nukilan-nukilan Tanakwagu dan Sumandak Sabah (forummers) yang setia.
Begitulah. Kenalilah Sabah secara online dahulu. Tahun depan, datanglah beramai-ramai ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, khususnya Sabah Negeri di Bawah Bayu yang penuh dengan keindahan flora dan faunanya, dan keenakan makanan laut yang segar-megar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macamanapun, saya lebih suka lagu dusun dulu-dulu. John Gaisah adalah legenda bagi artis dusun. Lagu taragang rasuk, lagu yang sangat saya minati.
ReplyDeleteKotoluadan om Kounsikou!