Search This Blog

Borang Pengesahan Pendapatan PTPTN


Borang ini bertujuan untuk pengesahan pendapatan keluarga peminjam. Borang ini perlu diserahkan bersama-sama dengan borang permohonan pinjaman pendidikan PTPTN. Download Borang Pengesahan Pendapatan PTPTN di sini.

Bagi mendapatkan Borang Pinjaman PTPTN bolehlah melawat link di sini.


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Fungsi-fungsi PTPTN adalah untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman; menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Objektif utama PTPTN ialah untuk memastikan pinjaman yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

No comments:

Post a Comment













Like us on Facebook