Search This Blog

Tak Tun Tuang Lagu Viral Yang Popularkan Penyanyi Asal Upiak Isil


Lagu Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil viral di Malaysia, Thailand, Indonesia malah hampir di seluruh Asia Tenggara. Ia menjadi siulan orang ramai tidak kira orang dewasa atau pun kanak-kanak. Lagu ini kelakar kerana mengisahkan mengenai seorang yang tidak rajin mandi tapi rasa dirinya masi cantik.

sumber: IG/upiak_isil_official
Lagu Tak Tun Tuang telah dihasilkan pada tahun 2014 iaitu salah satu lagu dalam album yang ke-14 Upiak Isil. Beliau telah menghasilkan 19 album sejak beliau berkarya sejak umur 13 tahun. Tapi yang melucukan, daripada 19 album (satu album lebih kurang 8 atau 9 lagu), satu-satunya lagu yang meletop melonjakkan nama beliau di persada seni Asia Tenggara ialah lagu Tak Tun Tuang selepas salah seorang peminatnya memuat naik lagu tersebut di Youtube dan menjadi viral. Namun, di sebalik perwatakan Upiak Isil yang lucu dan ceria itu, dia pernah mengharungi detik hitam apabila bercerai dengan suaminya.

Upiak telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan bercerai dua tahun selepas itu disebabkan lagu Tak Tun Tuang itu. Dia berkata, sejak awal perkahwinan lagi keluarga bekas suami tidak menyukainya dan keadaan menjadi bertambah tegang selepas dia menghasil lagu tersebut.

sumber: IG/upiak_isil_official
Berikut merupakan biodata ringkas penyanyi berdarah Minang yang berasal dari Sumatera Barat ini:
Nama Betul : Silvia Nanda
Nama Pentas : Upiak Isil
Umur : 32 Tahun (1985)
Tempat Kelahiran/Menetap : Bukit Tinggi , Sumatera Barat, Indonesia
Kerjaya : Penyanyi dan Jururawat

INFO RINGKAS
Sekarang masih bujang tapi pernah berkahwin sebelum ini pada tahun 2013-2015.
Maksud perkataan ‘Upiak’ ialah panggilan sayang/manja untuk gadis/perempuan di Padang.
Upiak menjadi penyanyi pada usia 13 tahun.
Upiak telah menghasilkan 19 buah album lagu.

INFO LAGU TAK TUN TUANG
Maksud ‘TakTunTuang’ ialah bunyi pukulan gendang.
Lirik lagu ini ditulis oleh Upiak sendiri dan melodi oleh kawan Upiak iaitu Ardi Tanjung.
Dihasilkan pada tahun 2014.
Lagu ini ada didalam album ke-14 Upiak.

#TakTunTuang #UpiakIsil #LaguViral #MinangMendunia

Persembahan Upiak Isil sewaktu di D'ACADEMY INDOSIAR



No comments:

Post a Comment













Like us on Facebook